Cerita ArtisHiburan

“Lebih Manis Jika Aidil Yang Ulas Dahulu…” – Fasha Sandha

Umum sudah mengetahui aktres popular Fasha Sandha kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Aidil Aziz.

Malah, Fasha juga sudah semakin terbuka berkongsi gambar Aidil di laman Instagramnya yang mempunyai lebih 3.4 juta pengikut.

Menerusi pemerhatian, kebanyakan peminat seakan merestui hubungan mereka berdasarkan jumlah ‘like’ yang melebihi 137,00 di akaun Instagram aktres tersebut.

Ketika ditanya bila dia ingin membawa hubungan itu ke fasa seterusnya, Fasha berkata adalah lebih manis sekiranya persoalan itu diajukan kepada sang jejaka terlebih dahulu.

“Persoalan mengenai hubungan kami, rasanya lebih manis jika Aidil yang ulas. Selagi tiada kepastian, lebih baik saya mengunci mulut. Ada baiknya juga jika persoalan itu ditanyakan terus kepada Aidil.

“Andai ditanya mengenai bahagia, memang saya sedang gembira. Sejak dulu lagi, saya memang bahagia. Maaf sangat, saya tidak mampu ulas lebih mengenai hubungan kami,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Fasha ditemui ketika menghadiri majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya, Mind Order di Kach’e, Shah Alam baru-baru ini.

Enggan memberi fokus kepada segelintir individu yang tidak berapa menyukai hubungannya dengan aktor berusia 31 tahun itu, Fasha berkata adalah lebih baik dia menghargai peminat-peminat yang memandang positif terhadap perkara itu.

“Adat apabila kita rapat dengan seseorang, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Lebih baik saya ambil kisah mereka yang menyenangi hubungan kami.

“Diikutkan, ramai yang suka malah memberikan reaksi senang apabila saya memuat naik gambar kami bersama bersama dua anak saya di Instagram, baru-baru ini,” katanya lagi.

Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizam Ashram Ramli pada 28 April 2012 sebelum sah bercerai talak satu pada tanggal 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan, pelakon itu memiliki sepasang cahaya mata, Putra Raqfal Ramli, 4, dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button