• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Fazura Luah Rasa Sedih Tak Dapat Pergi Majlis Resepsi Fasha

Semua mengetahui akan keakraban dua rakan artis iaitu Nur Fazura dan Fasha Sandha yang memulakan kerjaya bidang seni dalam suatu tempoh yang sama.

Sudah berkawan selama 18 tahun, Fazura menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat bersama-sama meraikan hari bahagia kawan baiknya yang diadakan di kampung suami Fasha, Aidil Aziz yang diadakan di Rembau, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

“Saya mungkin sedikit lambat tapi saya harap tidak terlewat untuk mengucapkan tahniah kepada wanita besi yang juga merupakan sahabat baik saya yang akhirnya telah berjumpa dengan teman hidupnya.

“Sedih sebab saya tidak dapat menghadiri majlis resepsinya tapi saya akan sentiasa mendoakan kalian @fashasandha dan @itsaidilaziz sentiasa bahagia selamanya,” tulis isteri kepada Fattah Amin itu.

Fasha dan Aidil bernikah pada tanggal 30 Mac lalu di Kangar, Perlis selepas setahun menjalinkan cinta. Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan hasil perkahwinan, dia dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend