Cerita ArtisHiburan

Idris Khan Belum Tetap Tarikh Kahwin Dengan Gadis Maghribi

Selepas perkahwinan yang dirancang pada Januari lalu terpaksa ditangguh, pelakon kacak Idris Khan kini enggan meletakkan sasaran tarikh bila dia akan menamatkan zaman bujangnya.

Menurut aktor berusia 30 tahun itu, apabila semua persiapan dan tarikh sudah ditetapkan dia pasti menguar-uarkan perkara baik itu kepada pihak media dan para peminatnya.

Idris mula berhubungan rapat dengan gadis dari Maghribi, Sanaa Jeljalane, 27, itu sejak tiga tahun lalu.

“Sebenarnya hubungan saya dan kekasih baik-baik sahaja tiada isu di antara kami. Cuma disebabkan jadual kerja saya yang terlalu sibuk sehingga ke hujung tahun ini menyebabkan saya terpaksa tunda majlis pernikahan kami.

“Lebih-lebih lagi saya bakal terikat dengan sebuah filem akan datang, jadi saya ingin fokuskan dahulu kepada karier saya sebelum mendirikan rumah tangga.

“Mengenai bila majlis saya akan diadakan, saya tak boleh cakap bila, yang pasti bukan tahun ini dan berkemungkinan pada tahun hadapan. InsyaAllah, saya akan maklumkan mengenai majlis perkahwinan ini setelah semua persiapan dilakukan,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Idris ditemui pada majlis pelancaran tiga siri drama Viu Original iaitu Salon, Jibril dan The Bridge di Sunway Damansara, baru-baru ini.

Idris terlibat dalam drama Saloon yang turut mengetengahkan pelakon seperti Julia Farhana Marin, Josiah Hogan dan Iman Corinne.

Drama bergenre ‘pyscho thriller’ itu diarahkan oleh Khabir Bhatia. Ia akan ditayangkan di ntv7 pada setiap Isnin dan Selasa, jam 10 malam bermula 17 September ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Idris Khan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button