Cerita ArtisHiburan

Ika Nabella Kongsi Gambar Sedang Hamil Anak Pertama

Rumah tangga pelakon Ika Nabella dan suami, Muhammad Zaid bakal diserikan dengan kelahiran bayi sulung mereka tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsikan Ika menerusi laman sosial Instagramnya berserta gambarnya sedang memegang ‘baby bump’.

Di ruangan kapsyen, Ika menulis, “Assalamuailaikum Ramadhan. InsyaAllah jika Allah izinkan dan suami benarkan, puasa penuh la Ika tahun ini.”

“Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Tolong doakan yang paling baik, semoga doa-doa itu berbalik pada kalian. Amin,” tulis Ika.

Ika atau nama sebenarnya, Ika Nabila Abdul Rahim, 30, berkahwin dengan Zaid pada 30 Julai 2016 di Batu Maung, Pulau Pinang.

Ika bergiat aktif dalam bidang seni selepas bergelar pelajar Akademi Fantasia musim keenam namun tersingkiar pada minggu kedua program itu bersiaran. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Ika Nabella

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button