• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Isu Perosak Rumah Tangga, Fatin Afeefa Rasa ‘Tak Layak’ Beri Komen

Minggu lalu radar gosip hiburan dikejutkan dengan kisah mengenai pelakon baharu Alya Iman yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan yang berstatus suami orang.Susulan isu tersebut nama pelakon Fatin Afeefa atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 26, juga terpalit sama memandangkan dia pernah didakwa menjadi individu ketiga kerana bermain cinta dengan suami orang.

Bagaimanapun Fatin enggan mengulas mengenai isu tersebut kerana dia tidak pernah mengenali anak kepada pelakon legenda Allahyarham Azmil Mustapha itu.

“Saya tak kenal siapa Alya Iman yang diperkatakan. Jadi, saya tak nak beri sebarang komen mengenai isu tersebut. Lagipun, saya tidak sesuai untuk memberi komen memandangkan saya bukan pakar motivasi.

“Dia juga tiada kena mengena dengan saya dan saya sendiri tak kenal dia. Dia tiada dalam senarai pengikut saya di laman sosial pun,” jelasnya.

> Baca: K-Clique Bakal Lancarkan Buku Biografi Perjalanan Dunia Seni

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelantikannya dan pelakon Nelydia Senrose sebagai duta produk Havaianas yang berlangsung di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, Fatin pernah didakwa menjalinkan kembali hubungan cinta dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada sekitar Jun tahun lalu.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh individu tersebut yang mendakwa dirinya adalah isteri kepada lelaki yang dipercayai menjalinkan hubungan dengan Fatin.

Kisah kecurangan suaminya didedahkan oleh wanita tersebut menerusi akaun laman Twitternya selain turut mengaitkan Fatin sebagai wanita yang suka mengikis duit (gold digger) suaminya.

Ketika ditanya bagaimana dia berdepan dengan kecaman daripada netizen berhubung isu bercinta denga suami orang sebelum ini, Fatin menjelaskan dia langsung tidak mengambil pusing apa yang difikirkan warganet mengenai dirinya.

“Sekarang ini zaman fitnah berleluasa, orang suka tambah-tambah nak bagi sedap cerita. Benda-benda macam ini kita tidak boleh kawal apa orang nak kata.

“Cara saya mudah sahaja, saya memang tidak layan komen-komen negatif yang orang tulis kepada saya. Tak perlu untuk saya membalas balik, sebaliknya saya hanya biarkan sahaja orang nak cakap apa,” ujar Fatin lagi.

Fatin sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan sah bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017.

Aktres itu mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia, 4 tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend