Cerita ArtisHiburan

“Kami Lalui Ujian Bertunang Macam Orang Lain” – Sufian Suhaimi

Walaupun tinggal hanya lebih kurang dua bulan sebelum disatukan sebagai suami isteri, penyanyi Sufian Suhaimi tidak menafikan dia juga melalui episod ujian dalam pertunangan seperti mana dilalui kebanyakan individu lain.

Namun begitu, penyanyi itu berkata dia bertuah kerana tunangnya, pelakon Elfira Loy seorang yang cukup matang dan sekiranya timbul apa-apa masalah, mereka mengambil pendekatan untuk berbincang.

“Seperti pasangan bertunang lain, masing-masing ada dugaan sendiri dan kami jugak hadapi situasi yang sama. Saya sangat bersyukur kerana Elfira seorang yang matang. Kami akan berkomunikasi sekiranya timbul sebarang masalah. Walaupun ada dugaan yang datang, tetapi kami akan hadapinya dengan baik.

“Bagi saya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Sebenarnya besar hikmahnya di sini, sebab ia membentuk saya supaya menjadi lebih matang dan bersedia serta yakin dengan diri sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Anugerah MeleTOP Era 2018 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur semalam.

Pasangan tersebut telah mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada bulan Mac ini.

Dalam pada itu, Sufian juga menafikan hubungannya dengan Elfira bermasalah sebaliknya mereka berdua kini sedang sibuk memberikan fokus terhadap kerjaya masing-masing.

“Sekarang kami fokus dgn kerjaya masing-masing. Bagi saya orang boleh bagi macam-macam persepsi dan kami tahu apa yang berlaku. Kami cuma berharap pengakhiran yang baik. Doakan kami,” katanya.

Pada masa yang sama, Sufian juga turut menyatakan dirinya kini sudah bersedia sepenuhya untuk bergelar suami kepada aktres cantik itu.

“Sebagai individu saya sudah bersedia kerana perkahwinan ini bukan hanya melibatkan saya dan tunang sahaja, tetapi melibatkan kedua-dua belah pihak.

“Jadi, kita tak boleh nak membelakangi kedua-dua ibu bapa dan saya hormati perkara itu. Disebabkan itu sebagai individu, saya cakap saya sudah bersedia,” ujarnya lagi.

Mereka mula intim selepas penyanyi lagu Terakhir itu meluahkan perasaannya ingin berkenalan secara lebih dekat dengan Elfira menerusi laman Twitter awal tahun lalu. – KopiPlanet.com

 

Kredit foto: Instagram Sufian Suhaimi & Elfira Loy

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button