AdvetorialKongsi

Lisa Surihani Mulakan Langkah Dalam Perniagaan, Muncul Dengan Produk Penjagaan Rambut Jenama Suri

Melalui sendiri pengalaman wanita berhijab yang mempunyai masalah keguguran rambut terutama selepas bersalin anak ketiga, pelakon dan pengacara terkenal Datin Lisa Surihani kini muncul dengan produk penjagaan rambut di bawah jenamanya sendiri.

Melihat masalah yang dialaminya ini menjadi antara masalah biasa wanita mahupun lelaki, kongsi Lisa selepas beberapa siri kajian dia kini muncul dengan Suri.

Berkongsi lebih lanjut mengenai Suri, jelasnya syampu itu didatangkan dengan formulasi yang membantu mengatasi rambut bermasalah.

 “Produk ini bukan sahaja sesuai untuk semua golongan, malah apa yang lebih penting bagaimana Suri juga memberi fokus untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat. Sebagai salah seorang yang turut mengalami masalah rambut gugur, saya bertemu dengan seorang pakar rambut C Michael of London. Perbincangan dengan beliau membawa kepada kewujudan Suri. Lebih penting saya mahu produk ini juga menepati keperluan pengguna.

 “Ternyata pengalaman menjadi model iklan sejak berumur 11 tahun tidak memberi banyak kelebihan. Membawa jenama sendiri memerlukan lebih banyak proses, bermula dari pemilihan bahan dalam produk malah bungkusan juga memerlukan keputusan sendiri. Jadi melalui Suri merupakan langkah awal saya dalam bidang perniagaan sebenarnya,” jelasnya.

Bukan sekadar mahu mencari keuntungan dalam perniagaan semata-mata, prinsip Lisa adalah memastikan setiap produknya memberi manfaat buat pengguna.

Cukup menghargai kerjasama yang dijalankan dengan Nori Malaysia Sdn.Bhd. jelasnya dia tidak sangka pilihan untuk muncul dengan Suri diterima baik memandangkan sebelum ini Nori Malaysia lebih sinonim dengan produk wangian.

 “Niat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebetulnya memang sudah ada, namun tanpa pengalaman mahupun panduan yang betul membuatkan saya tangguhkan dulu. Sampailah saya muncul dengan Suri, dan ketika itu saya turut menyuarakan impian untuk bekerjasama dengan pihak Nori Malaysia. Pertemuan antara saya, Nori  dan Michael mencapai kata sepakat.

 “Lebih penting bagaimana kepercayaan yang diberikan Nori Malaysia juga turut membuatkan saya lebih bersemangat  memandangkan kita tahu kebanyakkan rakan artis yang menjalinkan kerjasama dengan Nori lebih kepada produk wangian. Selain mempunyai rakan perniagaan yang berpengalaman saya juga turut bersyukur bantuan yang disalurkan Nori dalam memastikan produk Suri diterima pasaran dengan baik,” jelasnya.

Dalam pada itu, sentiasa yakin dengan aturan Allah SWT, ibu kepada tiga cahaya mata ini tidak pernah melihat keputusan untuk terjun ke dunia perniagaan ini agak lambat berbanding rakan-rakan yang lain.

Ujar beliau, bukan soal waktu tetapi usaha yang akan dicurahkan untuk memastikan Suri menjadi antara jenama pilihan suatu hari nanti.

 “Saya tidak rasa lambat untuk baru belajar selok belok dunia perniagaan, sebab saya yakin ini masa yang sesuai. Selain sokongan keluarga, bantuan yang diberikan Nori Malaysia juga membuatkan saya lebih berani membuat keputusan.

Melalui perbincangan dan pertukaran pandangan kita tahu banyak yang perlu saya mahir, walaupun sekecil-kecil perkara tetapi pertimbangan yang baik perlu dalam memastikan keputusan yang dibuat itu tepat. Selain itu saya sentiasa mengambil maklum balas pengguna dalam memastikan produk Suri menepati keperluan mereka, Insya-Allah Suri juga akan mempunyai produk berbeza pada masa hadapan.

 “Selain Shoppe, produk Suri juga boleh didapati di laman web Nori dan 10 pasaraya Aeon antaranya MidValley, Taman Maluri, Bukit Tinggi, Cheras Selatan, Nilai, Seremban 2, Bandaraya Melaka, Shah Alam, Tebrau City dan Bukit Indah. Kami juga dalam usaha memastikan Suri dapat dijual di farmasi pilihan,” tambahnya.

Memilih nama Suri sebagai pengenalan buat perniagaannya, jelas Lisa selain lebih dekat dengan namanya, dia juga yakin Suri mudah diingati. 

Sementara itu bercakap mengenai penglibatan suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim, Lisa tidak menolak banyak keputusan yang dibuat juga berdasarkan pandangan Yusry.

 “Bila saya beritahu niat untuk memulakan perniagaan ini, suami menjadi penyokong pertama. Malah bukan soal perniagaan sahaja, Yusry memang akan memberi saya semangat dalam apa juga yang saya lakukan sejak awal perkahwinan lagi. Bercakap mengenai Suri, memang dia suka akan bau produk ini selain turut bertanya sama ada dia juga boleh guna.

“Sebagai seorang pengarah, tambahan idea khususnya dalam sudut yang lebih kreatif dia akan kongsikan bersama. Jujurnya perjalanan saya sebagai seorang usahawan ini cukup indah sebab sokongan tidak berbelah bahagi daripada suami,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button