• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Masih Menanti, Nabila Huda & Suami Tiada Masalah Kesuburan

Memasuki tahun keempat perkahwinan, pelakon Nabila Huda mengakui dia sentiasa berdoa agar dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

Menurut Nabila, dia dan suami, Mohd Izwan Johar sentiasa bersabar dan tidak putus asa mencuba agar kehadiran si comel dalam menceriakan lagi kehidupan mereka sekeluarga.

“Saya dan suami tidak pernah merancang dan setiap bulan kami mencuba, cuma belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Kami juga dah pergi buat ‘check up’ dan kami berdua masing-masing tiada masalah.

“Ada ketikanya saya rasa sedih tak dapat bagi dia zuriat tapi dia pula yang okay sentiasa menenangkan saya dan dia memang sangat penyabar orangnya. Mungkin untuk alternatif lain saya ingin cuba rawatan mengurut selepas ini. Kalau diberikan rezeki anak, saya rasa memang dia akan jadi lelaki paling gembira dalam dunia,” katanya.

Nabila ditemui pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Wangi yang berlangsung di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara, semalam. Filem arahan Latif Zami itu akan menemui penonton di pawagam bermula 5 September ini.

Aktres berusia 35 tahun itu berkahwin dengan Izwan yang merupakan seorang pengurus restoran pada 25 Disember 2014. Nabila mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila, 9, hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Zaidi Zailani.

Bercerita mengenai pengalamannya bekerja dengan Erra, Nabila mengatakan,”Walaupun saya sudah lama mengenali kak Erra, tetapi ini merupakan kali pertama saya digandingkan bersama dengannya dalam satu naskhah yang sama.

“Memang pada mulanya saya ‘starstruck’ sebab dia idola saya tapi lama-kelamaan saya dapat atasi perasaan itu dan saya sangat seronok dapat berlakon bersamanya.”

Selain Nabila, filem terbitan Resilience Studios ini turut dibintangi Erra Fazira, Shahnaaz Ahmad, Syazwan Zulkifli, Mia Nasir dan Nik Adam Mika. Menerusi filem bergenre pyscho thriller ini, Nabila melakonkan watak sebagai seorang penggoda yang sudah sebati sepanjang kerjaya lakonannya.

Wangi akan ditayangkan di 79 pawagam seluruh negara termasuk di Brunei dan Singapura. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend