Cerita ArtisHiburan

Mira Filzah Idamkan Teman Lelaki Lebih Berusia, Baik Didikan Agama

Sering kali dikaitkan dengan pelakon Zizan Razak dan Remy Ishak, pelakon Mira Filzah menjelaskan hubungannya dengan kedua-dua aktor itu sebagai rakan sesama industri sahaja.

Menurut Mira, dia kini masih solo dan tidak nampak bayangan untuknya menaiki jinjang pelamin pada tahun ini.

Bercerita lebih lanjut, pelakon cantik berusia 26 tahun ini juga turut berkongsikan ciri-ciri lelaki yang menjadi pujaan hatinya.

“Saya sukakan lelaki yang lebih berusia, kalau boleh saya tidak mahu yang sebaya ataupun lebih muda daripada saya. Kebetulan saya pun ramai kawan terdiri daripada mereka yang lebih berusia.

“Mungkin saya selesa dengan mereka disebabkan kematangan yang ditunjukkan. Selain itu, saya juga menyukai lelaki yang mempunyai didikan agama yang baik. Kalau boleh saya nak membimbing saya, bukan saya yang membimbing dia di kemudian hari,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen koleksi raya Ariani, FloRaya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketika diminta mengulas mengenai peminat yang sentiasa mendambakan hubungan cinta di antaranya dengan hero drama Pujaan Hati Kanda, Remy Ishak, Mira berkata ia adalah perkara normal sekiranya peminat gemar memadankan mana-mana selebriti yang bergandingan dalam drama atau filem.

“Saya lihat benda ini sebagai normal, lagi-lagi bila dua-dua pelakon itu masih solo. Saya tak rimas bila sering dikaitkan dengan Remy sebab saya tidak ambil pusing mengenai perkara ini.

“Kami sekadar rakan sekerja, kalau berjumpa pun sekadar di set penggambaran dan majlis anugerah. Keluar berdua minum kopi pun tidak pernah dengan dia,” jelas Mira lagi.

Nama Mira dan Remy menjadi perhatian selepas drama lakonan mereka, Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan menjadi fenomena sehinggakan peminat mahukan mereka bercinta di dunia realiti.

Dalam perkembangan lain, Mira akan terlibat dengan penggambaran drama Pujaan Hati Kanda Raya yang dijadualkan pada minggu pertama Ramadan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button