• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Nabila Huda Dikecam Mengamuk Pada Pelanggan Di Twitter

Kalau diperhatikan menerusi laman sosial Instagram pelakon Nabila Huda, dia sentiasa mempromosikan gerai makanan yang diusahakan suaminya, Mohd Izwan Johar iaitu Waroeng Isabella di Rasta TTDI.

Susulan promosi dan hebahan daripada aktres itu, Waroeng Isabella nampaknya mendapat sambutan hangat daripada peminat setia aktres itu.

Dalam setiap perniagaan, pasti ada respon sama ada positif atau negatif daripada pelanggan. Baru-baru ini, seorang pelanggannya telah memuat naik satu status menceritakan pengalamannya menikmati makanan daripada gerai tersebut.

Menurut pelanggan itu, dia terpaksa menunggu lebih daripada dua jam untuk mendapatkan hidangan ikan gurami yang dipesannya. Setelah makanan sampai, pelanggan itu sekali lagi berasa kecewa apabila mendapati lauk itu dihidangkan tidak seperti yang iklankan oleh pengusahanya.

Memberi maklum balas terhadap komen tersebut, Nabila Huda atau lebih dikenali sebagai Abil terus menjawab, “Kalau fancy restaurant bolehlah marah, dah duduk, bayar mahal, selamat nak kena tunggu. Order tak sampai. Dah nama warung. Kalau tak puas hati, pergi jelah sana (restoran mewah).”

Namun begitu, kebanyakan netizen mengecam kenyataan yang dikeluarkan Abil yang dikatakan bersikap ‘too defensive’ terhadap maklum balas pelanggan.

Menurut mereka, sebagai pemilik perniagaan tersebut, Abil perlulah mengambil pendekatan yang lebih bijak seperti memohon maaf dan berlapang dada dengan kritikan yang diberikan serta boleh menambah baik lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend