• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Netizen Dakwa Dah Hamil, Fasha Sandha Nafi Mengandung

Gara-gara satu foto yang dimuat naik Aidil Aziz di laman Instagramnya, netizen terus membuat spekulasi bahawa isterinya, Fasha Sandha sedang hamil.

Menjawab pertanyaan peminat, Fasha menjelaskan bahawa dia tidak hamil sebaliknya hanya berasa lapar disebabkan sedang berpuasa.

“Eh belum la, awal lagi, belum rezeki. Lapar sebab puasa saja,” kata Fasha.

Menerusi gambar yang dimuat naik Aidil, aktor itu menulis kapsyen, “First time kami dapat pergi bazar Ramadhan sama-sama. Macam-macam isteri mintak. Tapi takpa, masa berbuka tadi semua dia makan.”

Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada 30 Mac lalu di Kangar, Perlis.

Fasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli pada 2012 namun bercerai pada 2016, hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua anak, Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemyma, 4. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend