• FOLLOW US
Gosip Panas, Hiburan

Netizen Kecam Maya Karin Makan Daging Babi?

Lama rasanya tak dengar khabar pelakon cantik Maya Karin. Peminat yang merindui pelakon kacukan Melayu-Jerman ini pastinya sering kali menerjah laman sosial Instagram Maya untuk mendapatkan maklumat mengenai aktiviti terkininya.

Baru-baru ini kecoh juga Instagram Maya apabila dia dituduh makan daging babi pada perayaan Krismas lalu.

Tak tahu la mana dapat idea netizen ni kata daging yang dipanggang Maya itu daging babi.

Enggan memanjangkan hal, Maya menjelaskan kepada pengikutnya itu merupakan daging angsa yang dimasak khas olehnya untuk ahli keluarga yang menziarahnya ketika sedang bercuti di Vietnam.

Tak faham betullah netizen ni, memang suka betul buat kesimpulan sendiri tanpa bertanya terlebih dahulu. Memang banyak masa terluang kot mereka-mereka ini sampai rajin betul berbalah di media sosial.

Kesian Maya, tak pasal-pasal Instgramnya jadi tempat perbalahan di antara netizen yang ‘terlebih bijak’ dalam membuat penilaian sendiri. Hai, macam-macam hal.

Cik Kopi: Suka tengok gambar-gambar menarik cuti akhir tahun selebriti-selebriti kita di luar negara, meriah! – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend