Cerita ArtisHiburan

Isu Cerai: Sharnaaz Enggan Ulas Lanjut, Bimbang Keruhkan Keadaan

Pelakon Sharnaaz Ahmad mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya bersama isteri, Noor Nabila Mohd Noor.

Menurut aktor kelahiran Pulau Pinang itu, dia bimbang sekiranya sebarang kenyataannya akan mengeruhkan lagi keadaan selain demi menjaga hati keluarga kedua-dua belah pihak.

“Buat masa ini saya belum bersedia cerita hal ini sebab ia hanya andaian jadi tak berani nak cakap takut memudaratkan lagi keadaan.

“Saya tahu saya banyak bercakap mengenai hal-hal lain, tetapi bila melibatkan hal keluarga, saya tidak mahu cakap lebih. Apa yang saya tahu hari ini (semalam) ramai yang telefon saya dan bertanyakan tentang hal ini,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Sharnaaz ditemui pada majlis pratonton filem terbaharu lakonannya, Wangi yang berlangsung di MM2 Cineplexes, E-Curve, Mutiara Damansara semalam.

Wangi arahan Yeop Hitler yang turut menampilkan pelakon seperti Erra Fazira, Nabila Huda dan Syazwan Zulkifli bakal menemui penonton pada 5 September ini.

Gosip mengenai keretakkan rumah tangga aktor itu mula diperkatakan selepas isterinya memuat naik gambar Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di Instastory miliknya.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang hari ini genap berusia setahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button