• FOLLOW US
Drama

Remy Ishak Jadi Teraju Utama Drama Mafia Pertama Di Malaysia

Sering kali diberikan watak romantik, terbaharu pelakon Remy Ishak tampil dengan karakter berlainan menerusi drama bersiri mafia pertama di Malaysia, Keluarga Baha Don (KBD).

Selain membawakan watak komedi, antara cabaran lain perlu dilalui Remy untuk karakter Jo Don ialah dia perlu berbahasa Perancis.

“Saya pertama kali dapat watak komedi sebegini. Bagi saya Keluarga Baha Don ini tidak memainkan unsur komedi stereotype seperti yang kita biasa lihat.

“Sebaliknya, ia lebih luar biasa seperti ‘black comedy’ yang biasanya dimainkan produksi luar negara terutama di United Kingdom.

“Ketika ditawarkan watak ini, saya rasa sayang kalau tidak ambil sebab ramai pelakon gred A dalam drama ini seperti Namron dan Sabri Yunus.

“Selain itu, rasa sayang kalau tak ambil sebab seperti kita tahu Viu bukan hanya ditayangkan di Malaysia sebaliknya di seluruh Asia Tenggara juga.

“Antara cabaran untuk watak ini, saya perlu berbahasa Perancis dan kebetulan pengarah ada kawan dari Perancis yang menetap di sini, jadi saya belajar dengan dia dua jam sebelum penggambaran babak dilakukan,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Viu Original Series, Keluarga Baha Don yang berlangsung di Serai, Paradigm Mall, Kelana Jaya baru-baru ini.

KBD akan ditayangkan bermula 11 Julai ini menerusi laman hiburan atas talian, Viu. Selain Remy, drama bergenre aksi komedi ini turut dibintangi Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha, Jihan Muse, Mark Adam, Namron, Alvin Wong, Sabri Yunus dan Othman Hafsham.

KBD yang bakal bersiaran sebanyak 10 episod itu mengisahkan tentang Jo Don (Remy) yang berada dalam dilema setelah kematian bapanya yang mana wasiat terakhirnya telah meminta Jo ntuk mewarisi perniagaan keluarganya sedangkan ketika itu dia sedang mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang chef.

Setelah kematian bapanya, Jo mula curiga mengenai perniagaan yang diusahakan bapanya kerana kebanyakan kenalan bapanya yang hadir memberikan pernghormatan terakhir terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang yang agak mencurigakan.

Konflik drama ini turut diselitkan dengan kisah percintaan di antara Jo dengan Kesuma (Jihan) namun ibunya, Mama Don (Susan) mahukan dia berkahwin dengan anak kenalannya yang dilakonkan Melissa Campbell.

Adakah Jo mengambil alih perniagaan bapanya atau teruskan impiannya untuk bergelar chef seperti yang dicita-citakannya, jangan lupa saksikan Keluarga Baha Don yang diarahkan bermula 11 Julai ini di Viu. – KopiPlanet. om

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend