Cerita ArtisHiburan

Remy Suka Naik Grab, Uber Lepas Hilang Kereta

Pelakon Remy Ishak telah menafikan ura-ura yang mendakwa bahawa dia kini sudah bergelar pemandu untuk perkhidmatan e-hailing Uber.

Menurut Remy, dia ada mendengar cerita tersebut namun menjelaskan yang sebenarnya dia merupakan pengguna setia Uber dan Grab Car sejak insiden kereta Mitsubishi Tritonnya hilang Mac tahun lalu.

“Saya suka naik Uber dan Grab sebab penat nak memandu, tetapi ada juga saya dengar orang kata saya bawa Uber. Kadang-kadang bila naik Grab atau Uber, mereka (pemandu) suka ambil gambar (mungkin disebabkan itu tersebar dakwaan mengatakan Remy memandu Grab/Uber).

“Ada juga  pemandu yang perasan kalau saya duduk depan, tetapi kalau saya duduk belakang mereka tak perasan. Kalau saya penat, saya duduk belakanglah, boleh tidur,” katanya berseloroh.

Remy ditemui KopiPlanet.com selepas memenangi trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Jumaat lalu.

Sementara itu, ketika ditanya perancangannya untuk melangkah ke alam rumah tangga, Remy menyatakan dia masih tiada perancangan mengenainya dalam masa terdekat ini.

Namun, pelakon berusia 35 tahun ini berjanji tidak akan berahsia dengan pihak media dan peminat mengenai majlis perkahwinannya kelak.

Sebelum ini, Remy telah mengikat pertunangan dengan ahli perniagaan Ezza Yusof pada 30 April lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button