Cerita ArtisHiburan

Rita Rudaini Luah Rasa Geram Terhadap Netizen Di Instagram

Pelakon cantik, Rita Rudaini meluahkan rasa geramnya terhadap seorang netizen yang menghantar direct message (DM) kepadanya menerusi Instagram.

Menerusi mesej yang dihantar oleh seorang netizen ‘dah tua-tua pun gedik… jadi pengacara cjwowshop pun jadi la dari tak ada job kan’ itu ternyata mengundang kemarahan tersebut.

“Hari ni sis rasa terpanggil untuk reply DM… banyak gak DM tp satu DM ni sis rasa nak reply. Orang macam ni sis memang tak paham.

“Aku tak kenal ko and ko tak pernah jumpa aku. Tapi ko sakit hati sangat dengan aku apahal bro? Aku tak ada niat nak cakap kasar dengan ko and perli rezeki ko tapi aku kena cakap jugak dengan orang macam ko ni,” tulisnya dengan dua gambar screenshot yang dimuat naik dengan memaparkan mesej antara dia dengan netizen berkenaan.

Ternyata, status tentang perkara tersebut yang dimuat naik di Instagram itu mendapat sokongan daripada kebanyakan pengikut pelakon itu.

Malah, ramai yang beranggapan bahawa tindakan netizen yang menggunakan nama @mr_shark_gtr_lover adalah sesuatu tindakan yang tidak wajar.

Dalam pada itu, akibat terlalu geram dengan mesej berkenaan juga, turut memberikan kata-kata pedas terhadap netizen berkenaan yang turut menjadi tumpuan.

“Ko sakit hati dengan aku apahal??? Aku ada mengongk*k dengan bapak ko ke?” luahnya. – KopiPlanet.com

 

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button