Cerita ArtisHiburan

Fazley Dan Isteri Kembali Bersanding Untuk Tunai Wasiat Arwah Bapa

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, 40, selamat bersanding buat kali kedua bersama isterinya, Datin Azreen Soraya dalam satu majlis resepsi penuh sederhana tapi meriah yang berlangsung di Lanai Tamu Event Hall, Neo Damansara, malam tadi.

Menurut Fazley, tujuannya mengadakan majlis persandingan semula adalah semata-mata bertujuan untuk menunaikan amanat dan wasiat allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad yang mahu mereka mengadakan semula majlis resepsi sekiranya diberi kesempatan dan waktu.

“Saya berasa lega apabila sudah selesai melaksanakan hajat atau wasiat arwah bapa yang mahu melihat menantunya (Azrene) dapat merasakan kebahagiaan dan memori baharu.

“Kami adakan majlis ini bukan untuk mengikut trend (selebriti yang bersanding semula), sebaliknya demi memenuhi hajat arwah bapa semata-mata. Kalau ikutkan isteri saya, dia memang tidak mahu bersanding semula.

“Namun demi arwah bapa, kami laksanakan permintaannya itu. Sebelum bersanding, kami sempat menziarahi kubur arwah dan ‘berbual’ dengannya yang hajatnya kini sudah terlaksana,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Fazley ditemui sebaik selesai majlis resepsi bertemakan dalam taman itu yang dihadiri lebih 350 jemputan termasuk rakan-rakan media dan sahabat handai.

Walaupun sudah dua kali naik pelamin, Fazley turut berkongsi pengalamannya yang tetap gemuruh seperti kali pertama bersanding 13 tahun lalu.

“Sejujurnya saya sangat berdebar, macam kali pertama naik pelamin. Lagipun saya tak ingat dah memori 13 tahun lalu sampailah saya dapat tengok gambar. Jadi hari ini saya bina memori baharu walaupun 13 tahun lalu dibina dengan air mata tetapi saya nak buka buku baharu.

“Lebih istimewa bagi saya malam ini apabila dapat menjadikan rakan-rakan media sebagai tetamu VIP saya. Tidak lupa juga sahabat-sahabat yang telah bersama saya sepanjang 13 tahun lalu,” katanya lagi.

Fazley berkahwin dengan Azrene, 39, pada tanggal 5 November 2005 selepas lebih setahun berkenalan di kota London. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6, dan Alayna Selma yang kini berusia tujuh bulan.

Dalam majlis resepsi itu juga, Fazley telah mendendangkan lagu Bila April yang khas ditujukan buat isterinya yang tercinta. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button