Cerita ArtisHiburan

Sering Dikritik, Nabila Razali Perbaiki Diri Ambil Kelas Lakonan

Penyanyi Nabila Razali, 28, yang kini semakin berjinak-jinak dalam bidang lakonan menyatakan dia mengambil inisiatif memasuki kelas lakonan bagi memantapkan lagi gaya lakonannya.

Menyedari dirinya pernah dikritik warganet mengenai persembahan lakonannya sebelum ini, Nabila berkata dia tidak mudah melatah sebaliknya mengambil segala kutukan yang dilemparkan bagi memperbaiki mutu lakonannya.

“Terbaharu, saya terlibat dalam penggambaran drama bersiri Seindah Tujuh Warna Pelangi yang akan ditayangkan pada bulan Februari ini. Kali ini saya bergandingan dengan Aeril Zafrel dan disebabkan hero-hero yang selalu digandingkan dengan saya semua hebat-hebat belaka, saya memang ada ambil kelas lakonan.

“Cumanya, saya tak berani uar-uarkan saya ambil kelas sebab takut nanti hasilnya tak seperti mana yang orang jangkakan. Walau bagaimanapun, bila saya buat kerja, saya memang akan bagi sehabis baik dan saya harap orang nampak usaha saya untuk buat lebih baik.

“Saya memang baca semua komen yang diberikan, sama ada positif atau negatif. Yang mana komen negatif itu saya tidak pernah balas dan tidak pernah mudah melatah. Kalau mereka kata ada lakonan saya yang tidak sampai pada mana-mana bahagian, saya akan tengok balik dan perbaiki dari situ selain bertanya kepada guru lakonan saya,” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran produk mandian bayi, Mek Kembang Baby yang diadakan di Bites Dessert Bar, Plaza Arkadia, Desa Park City, baru-baru ini.

Nabila sebelum ini pernah tampil dalam drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar dan Pesan Pada Hati bergandingan dengan Shukri Yahaya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan seni nyanyian, Nabila berkata selepas ini dia dan pihak pengurusannya ingin mencuba lagu berentak balada pula bagi memberi kelainan dalam resume seninya.

“Selepas ini saya nak cuba lagu balada pula, kalau saya keluar lagu rancak lagi mungkin orang dah boleh agak yang ia akan kedengaran seperti lagu Pematah Hati dan Vroom Vroom. Saya agak sedikit cerewet pilih lagu sebab kali ini kalau nak tampil dengan single, memang saya nak yang lari dari imej Nabila Razali sebelum ini.

“Kalau ada kesempatan, saya nak juga berduet dengan artis lain seperti contoh Ismail Izzani atau Sufian Suhaimi yang saya rasa lebih sesuai dengan kemampuan vokal saya,” ujarnya lagi.

Menceburi bidang seni nyanyian sejak 2013, Nabila sudah mengeluarkan empat buah single iaitu Katakan Saja, Cemburu, Pematah Hati dan Vroom Vroom. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button