• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

“Tidak Adil Untuk Kata Keluarga Saya Masuk Campur” – Neelofa

Pelakon dan pengacara Neelofa menjelaskan adalah tidak adil sekiranya dia dan ahli keluarga yang lain dituduh sering mencampuri urusan rumah tangga kakaknya, Noor Nabila dengan pelakon Sharnaaz Ahmad.

Menurut Neelofa, 30, sebagai adik sudah tentu dia akan sentiasa menyokong kakaknya yang kini sedang berdepan dengan krisis penceraian.

“Ia adalah tidak adil untuk cakap yang keluarga saya masuk campur sebab Nabila adalah kakak saya dan dia adalah anak kepada ibu saya. Sudah tentu kami akan sokong dan sentiasa berada di samping dia.

“Saya percaya keluarga pihak sana pun pastinya buat benda yang sama, bersuara di media sosial. Jadi, ia tidak adil untuk menuding jari kepada sebelah pihak sahaja sebab dua-dua pihak pun buat benda yang sama,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran kasut koleksi khas Neelofa bersama Giuseppe Zanotti yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur semalam.

Neelofa turut meluahkan perasaan simpatinya terhadap Nabila yang terpaksa melalui kes mahkamah yang berlarutan disebabkan keengganan Sharnaaz melepaskan kakaknya dengan cara mudah.

“Saya rasa proses ini agak berlarutan untuk Nabila dan saya kasihankan dia sebab benda ini dipanjang-dipanjangkan. Sepatutnya perkara ini dah boleh diselesaikan dengan mudah dan dalam waktu yang singkat tapi atas sebab-sebab tertentu benda ini dipanjang-panjangkan.

“Namun saya percaya proses ini telah membuatkan kakak saya jadi lebih matang dan kuat sebab banyak lagi benda dia akan tempuh beberapa bulan sebelum perbicaraan selepas ini.

“Keluarga kami memang sangat ‘supportive’ pada Nabila, bukan saya sahaja, bahkan ibu bapa, sepupu serta kawan-kawan sentiasa ada untuk dia. Sekarang Nabila bahagia dengan hidup baharu dan kami semua sangat sayangkan Jebat,” ujar pengacara Meletop ini lagi.

Nabila memfailkan penceraian pada 27 Ogos lalu namun pada prosiding 11 September, Sharnaaz enggan menceraikan isterinya demi menyelamatkan rumah tangga yang dibina pasangan itu sejak dua tahun lalu.

Pasangan terbabit berkahwin pada 31 Mac 2017 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend