Cerita ArtisHiburan

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Di KL Dah Terjual 70 Peratus

Ternyata populariti dan pengaruh penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza masih unggul apabila hampir 70 peratus tiket konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour dilaporkan sudah terjual sejak ia mula dibuka untuk jualan pada 26 Disember lalu.

Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, tiket konsert di Malaysia mendapat sambutan ramai malah tiket paling mahal RM1,295 (meet & greet) sudah habis dijual.

Konsert yang dianjurkan Shiraz Projects itu bakal diadakan di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 Mac ini. Tiket berharga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1,295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia.

“Alhamdulillah, sambutan sangat menggalakkan. Belum pun sampai seminggu dah hampir 70 peratus tiket terjual. Walau bagaimanapun, masih ada lagi tiket-tiket bagi mereka yang ingin mendapatkannya,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com.

Selain Malaysia, Siti Nurhaliza bakal menjayakan dua lagi konsert jelajah di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada 21 Februari dan di Singapura Expo, Singapura (2 Mac).

Tiket bagi konsert di dua lokasi tersebut akan mula dijual pada 7 Januari ini.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai persiapan Siti Nurhaliza menjelang konsert jelajah, Rozi berkata, “Buat masa ini Siti masih lagi bercuti di Dubai sehingga esok.”

“Balik sahaja daripada bercuti dia akan melakukan latihan persembahan dengan pengarah muzik, Aubrey Suwito. Minggu ketiga bulan ini, Siti juga akan mulakan latihan tarian bersama pasukan koreografi.

“Dalam masa yang sama Siti juga akan meneruskan latihan kecergasan bagi memantapkan staminanya. Dalam tiga atau empat kali seminggu Siti akan menghadiri kelas zumba dan gim selain beliau turut giat melakukan latihan kardio dan bersenam,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button