FilemHiburan

Trivia Menarik Mengenai Filem Pinjamkan Hatiku

Siapa yang tak suka menonton filem cinta romantis kan?

Setiap daripada kita pastinya mempunyai filem cinta kegemaran masing-masing dan mungkin filem terbaharu arahan Osman Ali ini akan menjadi antara ‘all time fav movie’ anda pula selepas ini.

Pinjamkan Hatiku merupakan sebuah kisah cinta yang mengarai cinta sejati di antara tiga watak utamanya iaitu Naufal, Laila Safitri dan Dr Hasnan.

Dalam mengecapi cinta sejati, pelbagai konflik dan pengorbanan terpaksa dilalui sebelum kebahagiaan mutlak menjadi milik mereka.

Sebelum nak ambil mood menonton Pinjamkan Hatiku yang akan mula ditayangkan bermula 30 November ini apa kata kita layan dulu trivia filem terbitan Aurawhite Global Sdn Bhd dan Nuansa Film Sdn. Bhd ini.

Sepanjang pembikinan filem ini, pelbagai halangan terpaksa ditempuhi oleh krew bertugas dan para pelakon filem ini seperti Ayda Jebat, Shaheizy Sam, Farid Kamil dan Lia Natalia. Antaranya mereka terpaksa memanjat bukit dan hutan seawal jam 4 pagi bagi merakamkan pelangi di Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing, Pahang.

Selain itu, pelakon Ayda Jebat dan beberapa krew lain ada mengalami sedikit kecederaan sepanjang melakukan penggambaran filem ini namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus memberikan yang terbaik untuk filem tersebut.

Dalam keceriaan ada terselit duka apabila seorang krew penggambaran iaitu krew audio, Azmir Sharim terlibat dalam kemalangan ketika ingin menyudahkan penggambaran filem ini. Al-Fatihah buat Allahyarham Azmir Sharim. Semoga rohnya tenang di sana dan ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Bagi menghangatkan promosi Pinjamkan Hatiku, dengan kerjasama Empire Film Solution, beberapa siri jelajah bersama barisan pelakon telah dirangka bagi mendekatkan mereka dengan peminat filem tanah air.

Selama empat minggu siri jelajah akan berlangsung dan antara lokasi yang terpilih ialah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak (GSC Aman Jaya, GSC Aman Sentral, GSC Sunway Carnival, GSC Ipoh Parade) yang telah diadakan pada 11 dan 12 November lalu, untuk 18 dan 19 November ini, para pelakon akan turun ke Terengganu dan Pahang (Lotus Five Star Kuala Terengganu, TGV Mesra Mall, Kerteh, GSC Berjaya Megamall dan GSC East Coast Mall)  untuk menemui peminat di sana.

Minggu seterusnya, 25 dan 26 November, mereka akan berada di beberapa buah lokasi terpilih di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan (MM Cineplex Johor Bahru, TGV Tebrau, GSC Dataran Pahlawan, GSC Palm Mall).

Untuk minggu terakhir pada 2 dan 3 Disember, barisan pelakon akan meluangkan masa di beberapa lokasi di Kuala Lumpur dan Selangor (GSC Alamanda Putrajaya, GSC IOI Mall Putrajaya, GSC Mid Valley, GSC Quill City Mall, GSC Melawati Mall, GSC Berjaya Times Square) untuk sesi beramah mesra bersama peminat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button