• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Zul Ariffin Kembali Aktif Di Instagram Selepas Terpalit Kontroversi

Selepas terpalit kontroversi video aksi panas yang didakwa mirip dirinya, pelakon Zul Ariffin, 34, menyambut kedatangan tahun baru dengan membuka semula akaun Instagramnya selepas sebulan nyah aktif (deactivate) media sosialnya yang mempunyai seramai lebih 2.6 juta pengikut itu.

Menerusi posting terbaharunya itu, Zul memuat naik foto wajahnya yang disolek menggunakan kesan khas bagi projek filem terbaharunya, Tablis Iblis beserta kapsyen, “2020 already, Hi guys.”

View this post on Instagram

2020 already?? Hi guys

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on

Sebelum ini nama Zul hangat diperkatakan selepas rakaman video berdurasi 45 saat memperlihatkan seorang lelaki didakwa mirip Zul berada dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya.

Zul kemudiannya tampil menjelaskan isu tersebut dengan berkata dia menjadi mangsa pemalsuan imej (deepfake).

‘Deepfake’ terhasil apabila wajah seseorang individu yang disasarkan akan dipadankan dengan wajah individu yang dilakonkan. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend