Cerita ArtisHiburan

Adegan Bersentuhan, Pengarah Setuju Syamsul Yusof Guna ‘Stand In’

Pelakon filem Makrifat Cinta, Syamsul Yusof berterima kasih kepada pengarah filem itu, Kamal G yang memahami pendiriannya untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita.

Menurut Syamsul, dalam filem itu terdapat satu babak di mana dia perlu menyentuh watak Sofea yang dilakonkan Nora Danish dan disebabkan menghormati pendiriannya itu, Kamal bersetuju adegan Syamsul itu dilakonkan oleh pelakon gantian (stand in).

“Saya akan beritahu benda ini kepada mana-mana pengarah sebelum saya bekerjasama, saya letakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita, jadi ada babak kemalangan yang mana saya perlu menyentuh Nora, Kamal gunakan stand in. Saya berterima kasih kepada Kamal kerana memahami perkara itu,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Makrifat Cinta di IRDKL Mall, Shah Alam baru-baru ini.

Filem itu turut dibintangi Nora Danish, Nabila Huda, Datuk Adi Putra, Datuk Aznil Nawawi, Sabrina Ali dan Puteri Balqis.

Selain itu, Syamsul turut berkongsikan pengalamannya mengalami kecederaan ketika menjayakan adegan kemalangan sehingga menyebabkannya patah tulang di bahagian bahu kirinya.

“Saya mengalami sedikit kecederaan di bahagian bahu ketika melakonkan babak letupan, bahu saya patah dan kecederaan agak teruk. Ketika berlaku aksi letupan di belakang, impak itu membuatkan badan saya melambung ke hadapan dan saya pula sempat mengelak daripada terjatuh menghempap Nora.

“Ketika itulah pergerakan badan saya tidak begitu stabil, menyebabkan bahu saya terjatuh terlebih dulu. Tapi, semuanya baik-baik sahaja dan perkara itu tidak mengganggu penggambaran,” katanya lagi.

Pernah melakonkan watak seorang ustaz dan gengster sebelum ini, Syamsul menyifatkan wataknya sebagai Mahathir dalam filem Makrifat Cinta agak mencabar daripada watak-watak lain yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Sebelum ini saya pernah bawa watak gengster dan ustaz tapi kali ini saya agak ‘struggle’ untuk bawa watak Mahathir, seorang manusia biasa yang mempunyai pelbagai masalah hidup. Itu bagi saya cabaran yang agak susah,” ujarnya lagi.

Syamsul yang juga memegang portfolio sebagai pengarah muda negara, turut memberikan pujian terhadap Kamal G yang dilihat berpotensi untuk pergi jauh dalam pengarahan filem Melayu memandangkan hasil filem Makrifat Cinta sudah meletakkan ‘benchmark’ tersendiri dengan beberapa teknik shot baharu yang diperkenalkan Kamal.

“Bagi saya Kamal seorang pengarah yang berpotensi untuk pergi jauh, dia ada misi dan visi dalam perjalanan kerjayanya. Dia banyak terapkan pelbagai teknik shot menarik yang sebelum ini tidak pernah difikirkan pengarah tempatan. Sebagai contoh, scene ketika di hospital yang mana dia menggabungkan dua babak sekali gus. Itu sesuatu yang menarik,” katanya.

Makrifat Cinta yang diterbitkan Dhanawood Films bakal ditayangkan di 100 pawagam seluruh negara bermula 1 Februari ini. – KopiPlanet.com

Kredit foto:  Instagram Syamsul Yusof

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button