Cerita ArtisHiburan

Bront Palarae Tak Kisah Bawa Watak Lelaki Yahudi

Selepas kejayaannya menempa nama di Indonesia dengan lakonan cemerlang menerusi Pengabdi Setan, nama Bront Palarae sekali lagi bakal menjadi tumpuan apabila filem terbaharunya, Ayat-Ayat Cinta 2 akan ditayangkan bermula 21 Disember ini di Indonesia.

Dalam filem arahan Guntur Soeharjanto itu, Bront memainkan peranan sebagai seorang lelaki Yahudi, Baruch yang menetap di Scotland.

Menurut Bront, walaupun membawakan watak seorang yang berfahaman Yahudi, namun ia hanya melibatkan secara luaran sahaja.

“Saya hanya mengikut tuntutan watak dan saya tak rasa watak itu akan beri kesan akidah kepada penonton, selagi tidak libatkan akidah, saya okay,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Bront ditemui pada majlis pelancaran Dewan Perniagaan Artis dan Selebriti Malaysia (DPA) yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara semalam.

Selain Bront, lapan selebriti lain turut dipilih menerajui DPA seperti Diana Danielle, Farid Kamil, Akim Ahmad, Hafiz Suip, Hazama, Stacy, Sofi Jikan dan Wan Hanafi Su.

Sering mendapat tawaran lakonan dari negara seberang, Bront bagaimanapun tidak menunjukkan minat untuk berhijrah ke sana.

Walaupun begitu, dia akan terus mempertimbangkan sebarang tawaran dari sana sekiranya ia dapat memantapkan lagi skil lakonan serta diberi kepelbagaian watak bagi memvariasikan lagi resume seninya selepas ini.

“Saya tak rasa keperluan nak pindah, tapi isteri dah start tanya “apa kata kita pindah je yang” (disebabkan sering terbang ke Indonesia kerana kerja).

“Tapi saya rasa better saya tinggal di Malaysia sahaja,” katanya yang menyenangi cara kerja tenaga produksi Indonesia yang cukup komited dengan tugas masing-masing.

Menyingkap mengenai keluarganya, Bront masih lagi dengan prinsipnya enggan mendedahkan hal peribadi buat tatapan umum.

Namun Bront sempat berkongsi cerita mengenai anak perempuannya yang kini hampir mencecah usia dua tahun sudah mula pandai merajuk disebabkan kesibukan kerjanya yang sering terbang ke luar negara.

“Kebanyakan masa anak dah pandai merajuk sebab dia dalam proses membesar. Sekejap papa dia ada, sekejap papa dia tiada. Itulah dia ‘the irony of working hard for your family, you don’t really see your family,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button