Cerita ArtisHiburan

Ceburi Bidang Nyanyian, Achey Mahu Jadi Artis Serba Boleh

Pelawak Achey menyatakan dia kini cuba untuk menceburi bidang nyanyian kerana mahu menjadi seorang selebriti yang serba boleh.

Achey berkata, dia menjadikan Datuk AC Mizal sebagai idolanya dalam bidang seni memandangkan selebriti berkenaan merupakan antara selebriti yang versatile dalam menggembangkan bakat untuk terus relevan dengan peredaran zaman.

Menurut Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, disebabkan itu dia menceburi bidang nyanyian agar sisi lainnya itu dapat diterokai oleh peminat.

“Sebelum ini orang lihat saya hanya pelawak sahaja, tetapi sebenarnya saya memang nak jadi seorang selebriti serba boleh yang mana semua dia boleh buat.

“Sebab itu saya idolakan Datuk AC Mizal, tengok sahaja semua benda beliau boleh buat. Disebabkan itu saya ceburi bidang nyanyian dan lakonan kerana ada kebolehan di situ selain melawak. Selagi ada bakat dalam diri, saya akan cuba tonjolkan ” katanya ketika ditemui pada malam gala filem Hantu Wangan di MM2 Cineplexes, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Filem Hantu Wangan yang diarahkan Ahmad Idham itu memperkenalkan Achey selaku watak utama di samping pelakon-pelakon lain seperti Risteena Munim, Cat Farish, Ruminah Sidek, Syanie Aida dan Nor Albaniah. Ia akan mula ditayangkan di 43 pawagam seluruh negara bermula 22 Mac ini.

Selepas kejayaan single pertamanya, Yang Terindah menerima sambutan hangat, Achey memberitahu dia akan muncul dengan single kedua berjudul Takkan Hilang yang akan dilancarkan selepas Adilfitri nanti.

Ujarnya, dalam menjaga kualiti vokalnya, dia mempunyai dua jurulatih vokal yang sentiasa memberi teguran bagi memantapkan lagi suaranya iaitu Zimi Sofazr dan Black.

“Setakat ini Zimi Sofarz dan Black yang jaga vokal saya. Mereka kata vokal saya tak perlu nak terlalu polish sangat, cumanya saya perlu perbaiki lagi teknik nyanyian agar ia dapat dipelbagaikan,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Achey

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button