KolumnisKongsi

Saluran Alternatif Pilihan Terbaik Pasca Pemulihan Covid-19

Oleh: Onn Norshal Hamzah
(Kolumnis KopiPlanet.com)

Seperti yang dijangka, sambutan penonton terhadap penayangan filem di pawagam pada pasca pemulihan pandemik Covid-19 ini sangat suram dan mengecewakan. 

Bermula pada 27 Ogos 2020 dengan penayangan filem blockbuster Tenet edaran pengedar gergasi barat Warner Bros dan disusuli dengan Super Blockbuster MULAN edaran Disney Film pada 4 September 2020, industri filem dunia dan negara tidak menampakkan sesuatu yang mengujakan. 

Laporan tidak rasmi dari rangkaian yang terlibat memberikan gambaran kutipan pawagam jauh dari apa yang dijangkakan membuktikan bahawa kerisauan masyarakat terhadap pandemik Covid-19 ini lebih mengatasi formula deretan filem hebat menjelang akhir tahun.

Kegagalan filem hebat Barat ini secara tidak langsung memberikan impak kepada semua filem-filem tempatan yang ditayangkan dalam tempoh yang sama.

Namun begitu, seolah-olah satu nafas baru ditunjukkan melalui saluran altenatif berbayar seperti Astro First yang sejak kebelakangan ini dilihat berjaya untuk menarik penonton untuk menonton filem tempatan dengan kutipan yang amat membanggakan. 

Bermula sejak tayangan pada hari raya aidil fitri melalui Syif Malam Raya hinggalah yang terbaru filem Jebat lakonan Shahnaz Ahmad dan Nelydia Senrose yang berjaya mengutip kutipan RM 1.3 juta dalam tempoh 4 hari tayangan, jelas menunjukkan bahawa kekuatan pecah panggung ketika ini boleh diambil alih oleh saluran altenatif berbayar ini. 

Trend ini mungkin boleh dilihat sebagai satu budaya positif yang baru yang harus diberikan perhatian oleh semua penerbit filem yang ingin menayangkan filem mereka ketika pasca Covid-19 ini. 

Secara jujur saya memberikan pandangan, selagi negara kita masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang memberikan kawalan bersyarat untuk kebanyakan premis termasuk pawagam, cadangan penayangan di pawagam bukan lah satu pilihan utama pada ketika ini. 

Pandangan ini mengambil kira sikap majoriti rakyat Malaysia yang sangat berhati-hati dan sensitif terhadap perkembangan terkini yang secara langsung akan memberikan kesan kepada pasaran dan industri pawagam. 

> Baca: Impak Kewujudan Pawagam Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Mengambil kira filem Jebat yang ditayangkan melalui Astro First dengan kutipan yang cemerlang hingga kini, jika ia ditayangkan di pawagam pada tayangan pembukaan maka hampir pasti Jebat tidak akan mampu ‘menunjukkan silat’ nya untuk mencapai kutipan pecah panggung seperti yang dicapai kini. 

Faktor itu bukan disebabkan filem itu tidak hebat tetapi ianya adalah disebabkan ‘tentera penonton pawagam’ yang masih seolah-olah dalam tempoh berkurung. 

Oleh itu, keputusan untuk menayangkan di saluran Astro First dan tidak di pawagam adalah keputusan yang tepat.

Dengan itu, sebagai satu panduan kepada penerbit filem yang ingin menayangkan filem mereka di pawagam dalam tempoh PKPP ini, mungkin masih boleh melihat kepada pilihan yang lebih baik melalui strategi yang lebih baik.

Ini sekadar pandangan kepada sahabat-sahabat industri namun di akhirnya nanti, saya tetap percaya “kehebatan” pawagam akan kembali mewarnai industri kita dan kekal sebagai medium terbaik penayangan filem careka. Masa akan menentukannya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button