Cerita ArtisHiburan

“Saya Dah Pernah Digelar Primadona Drama Melayu” – Rita Rudaini

Pelakon cantik Rita Rudaini menegaskan bahawa dirinya tidak memerlukan sebarang kontroversi semata-mata untuk menaikkan nama diri sendiri.

Menerusi satu posting di Instagram, Rita menyatakan sejak berlakon niatnya hanya untuk mencari rezeki kerana itu sahaja kebolehan dan bakat yang dimiliki untuk mencari rezeki buat diri sendiri, keluarga dan anak-anak.

“Saya nak berdengki dengan orang? Nak jeles? Lambat lagi… saya dah pernah digelar ‘Primadona Drama Melayu’ satu ketika dulu. Saya dah pernah merasa… tetapi itu tak penting bagi saya.

“Yang penting untuk saya hanyalah kepuasan dapat tunjukkan bakat dan duit untuk sara hidup dan keluarga. Pada yang tabur fitnah tu, silap orang la,” luahnya.

Ternyata luahan yang dibuat di Instagram itu juga dilihat ditujukan kepada mereka yang suka membuat fitnah dan mereka cerita palsu terhadap dirinya.

“Orang yang suka buat fitnah, reka cerita ni, saya terpikir… boleh tidur lena ke? Tak rasa bersalah ke ada-adakan cerita? Macam mana boleh dapat idea untuk reka cerita?

“Saya pulak pening kepala fikir… bahagia ke hidup bila dapat reka cerita dan berita palsu? Puas kah hati? Tenang kah? Dapat apa?” jelasnya.

Ungkapnya, dia mahu agar mana-mana pihak agar tidak perlu gigih untuk memfitnah dan kontroversikan dirinya kerana tidak suka dengan glamor sambil menyatakan industri hiburan bukan sahaja tenat, tetapi makin ramai orang yang busuk. – KopiPlanet.com.

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button