• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Setelah 20 Tahun, Akhirnya Adam Corrie Dapat Pegang Watak Utama

Pelakon Adam Corrie menyatakan setelah 20 tahun dirinya berkecimpung dalam bidang lakonan, akhirnya dia telah diberikan watak utama dalam filem.

Menurut Adam, dia telah diberi peranan utama untuk membintangi sebuah filem berjudul Kafir yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran pada bulan puasa lalu.

“Alhamdulillah, selama 20 tahun dalam industri inilah kali pertama saya dapat watak utama. Setakat ini penggambaran semuanya sudah berjalan dengan lancar.

“Kalau diikutkan sudah lama saya tidak berlakon pada bulan Ramadan, tetapi untuk filem ini kira-kira seminggu saya berpuasa di lokasi penggambaran,” ujarnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu lakonannya itu, Adam memberitahu dia membawakan watak seorang lelaki yang sanggup meninggalkan anak dan isteri semata-mata demi Islam.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang penerimaannya untuk membintangi filem berkenaan adalah kerana karakter yang dibawakannya itu memberi cabaran tersendiri buat dirinya.

“Bagi saya ia merupakan watak yang berat iaitu seorang suami yang menghadapi pelbagai ujian apabila dirinya mengambil keputusan untuk masuk Islam.

“Selain itu, saya anggap ia agak mencabar kerana ada penggambaran dilakukan semasa bulan puasa. Tidak dinafikan ia memang agak memenatkan dan selepas ini memang saya tak akan terima sebaran tawaran ketika bulan Ramadan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend