Cerita ArtisHiburan

Lelaki Bujang Usia Lewat 20-an Jadi Pilihan Elly Mazlein

Penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui dirinya dalam fasa bahagia apabila kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka.

Enggan mendedahkan siapa gerangan jejaka yang kini bertakhta di hatinya, Elly, 38, hanya memberitahu jejaka berkenaan berstatus bujang dan berusia lewat 20-an.

“Boleh dikatakan saya dalam fasa berbunga-bunga biarkan belum terjalin lagi sebarang ikatan pertunangan atau perkahwinan.

“Apa yang paling penting, anak saya iaitu Putri Sara Sefhia juga gembira dan sudah memanggilnya dengan panggilan ‘papa’. Saya harap pada kali ini ia merupakan perancangan dan pilihan yang terbaik,” ujarnya.

Elly berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang akhbar program Bintang Bersama Bintang 2019 yang berlangsung di Sri Pentas hari ini.

Ketika ditanya apa yang membuatkan lelaki lebih muda menjadi pilihannya, Elly memberitahu ada kalanya lelaki muda bersikap lebih matang.

Jelasnya, apa yang lebih penting sekarang ini hubungan yang terjalin dengan kekasihnya itu mendapat restu kedua-dua belah ahli keluarga serta anaknya.

“Sebenarnya kami mula akrab sejak bulan Ogos 2018. Insyaallah, pada bulan hadapan saya akan ke Kelantan untuk berjumpa dan berkenalan dengan ahli keluarganya,” ujarnya yang enggan bila dia akan mendirikan rumah tangga.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun kedua-duanya bercerai pada 15 Oktober 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button