DramaRancangan TV

Isu Agama Jadi Tarikan Untuk Tonton Jalan Sesat Ke Syurga

Mula ditayangkan sejak 3 Ogos lalu, drama Jalan Sesat Ke Syurga yang ditayangkan di Astro Prima terus mendapat perhatian penonton.

Memaparkan isu tentang ajaran sesat, Jalan Sesat Ke Syurga pantas meraih perhatian penonton disebabkan jalan ceritanya yang tidak ‘cliche’ seperti kebanyakan drama lain.

Drama 35 episod ini mendapat sentuhan sutradara berkaliber, Osman Ali manakala skripnya merupakan nukilan Siti Jasmina Ibrahim.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Norzeha Mohd Salleh, Jalan Sesat Ke Syurga dilihat memiliki kekuatan tersendiri daripada segi naratif penceritaan bagi memberi kelainan dan variasi kepada penonton.

“Berbeza dengan drama Melayu klise yang sering mengangkat konflik cinta dan perebutan kuasa, drama Jalan Sesat Ke Syurga mengangkat isu yang lebih berat dalam mengupas konflik akidah dan ancaman ideologi gerakan pemikiran sesat berlandaskan agama yang tersasar daripada ajaran Islam sebenar.

“Walaupun mengundang kontroversi, namun kami percaya para penonton dapat mengambil iktibar dan menghargai nilai estetika seni yang ingin disampaikan menerusi drama ini,” katanya.

Drama hebat ini ditunjangi pelakon handalan seperti Elizad Sharifuddin, Datuk Aaron Aziz, Aleza Shadan dan Datuk Jalaluddin Hassan. Ia ditayangkan di Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125) pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Ia juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.

Jalan Sesat Ke Syurga mengisahkan Inara (lakonan Elizad Sharifuddin) kembali bernafas setelah sudah diisytiharkan mati. Setelah ‘dihidupkan semula’, Inara berubah dan mahu menjadi seorang Muslimah yang baik, seorang yang bukan dirinya sebelum ini. Ibu bapa Inara, iaitu Asyirah (lakonan Aleza Shadan) dan Zaqwan (lakonan Dato’ Jalaluddin Hassan) gembira dengan perubahan Inara, namun apa yang diajar oleh mereka berkaitan agama menggelirukan Inara. Zaqwan merupakan ahli jemaah kumpulan ‘Gerakan Elit’.

Manakala Asyirah pula memperjuangkan ideologi kumpulan ‘Hawa Islam’ yang berbeza dengan golongan ekstrimis ‘Gerakan Elit’. Inara kemudian bertemu Hamzah (lakonan Dato’ Aaron Aziz), seorang penagih dadah yang positif HIV tetapi menjalani kehidupan yang sihat dengan menggunakan ubat ARV. Hamzah mengusahakan sebuah kafe komuniti yang bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah di luar sana. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button