• FOLLOW US

Justin Timberlake, Jessica Biel ‘Sembunyi’ Kelahiran Anak Kedua?

Pasangan selebriti popular, Justin Timberlake, 39, dan isteri, Jessica Biel didakwa telah menyembunyikan kelahiran cahaya mata kedua mereka daripada pengetahuan umum dan media.

Jessica, 38, dipercayai melahirkan bayi lelaki kedua mereka pada awal minggu lalu. Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Silas yang kini berusia lima tahun.

Menurut laporan Daily Mail, ibu aktres itu, Kimberly Conroe Biel, 65, dilihat mendiami kediaman pasangan itu di Big Sky, Montana sepanjang minggu lalu.

> Baca: Gaya Rambut Won Bin Dikritik Seperti Baru Lepas Bangun Tidur

Lapan bulan lalu, Justin dilaporkan terlibat dengan cinta lokasi bersama heroin filemnya, Alisha Wainwright. Namun, bekas ahli kumpulan N’sync itu pantas menafikan dakwaan tersebut.

Menerusi permohonan maafnya itu, Justin menjelaskan dia terlalu mabuk pada malam itu sehingga berkelakuan tidak sepatutnya terhadap Alisha.

Sekeping foto yang dibidik paparazi menunjukkan Justin berpegangan tangan dengan Alisha ketika mereka sedang berparti selepas tamat waktu penggambaran. – KopiPlanet.com

Belum Sampai Sehari, Video Muzik BCL Cecah 4.7 Juta Tontonan

Belum pun sampai sehari dimuat naik, video muzik single terbaharu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari berjudul 12 Tahun Terindah kini sudah ditonton lebih 4.7 juta kali menerusi saluran Youtube penyanyi itu, It’s Me BCL.

Single terbaharu Bunga itu menceritakan kisah hidup rumah tangganya bersama suami, Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung di kediaman mereka di Jakarta pada 18 Februari lalu.

Rata-rata peminat mengakui tidak dapat menahan sebak melihat muzik video yang diarahkan adik ipar Bunga, Adam Sinclair itu yang cukup merobek perasaan mereka melihat ketabahan Bunga melalui hari-harinya selepas ketiadaan suami tercinta.

> Baca: Ingin Terlalu Kurus, Rosma Pernah Salah Diet Hingga Pengsan

Lagu tersebut merupakan karya Ifa Fachir manakala liriknya adalah sentuhan peribadi penyanyi berusia 37 tahun itu sendiri.

Muzik video itu turut menyelitkan sesi pertemuan pertama Bunga dan Ashraf ketika penyanyi itu ditemubual Allahyarham menerusi satu program terbitan Astro pada 2007.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 8 November 2008 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan Sinclair, 10. – KopiPlanet.com

Meerqeen Nafi Pernah Memiliki Akaun Aplikasi Dating Gay

Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 19, menafikan dakwaan ‘nakal’ yang mengatakan dia pernah memiliki akaun di aplikasi dating kaum sejenis (gay).

Menurut anak jati Ampang, Selangor ini dia tidak pernah mendaftar mana-mana akaun di aplikasi dating dan menegaskan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

“Untuk maklumat semua, saya tak pernah memiliki akaun dalam mana-mana ‘dating app’, tak kira untuk pertemuan antara lelaki dan perempuan, mahupun homoseksual, saya memang tak pernah ada akaun sebegitu.

“Saya ada pendapat tersendiri, jika saya memiliki akaun sebegitu, saya rasa diri saya murah, saya bukanlah orang seperti yang didakwa itu, jika akaun itu dilihat oleh mana-mana pihak, mungkin ada pengguna yang hanya menggunakan gambar saya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Meerqen berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Finale Hero Remaja 2020 yang berlangsung di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam semalam.

>Baca: Zizan Razak Hanya Anggap Hawa Rizwana Seperti Seorang Adik

Dalam pada itu, dia mengharapkan dengan penjelasannya itu selepas ini tiada lagi timbul isu mana-mana pihak tampil membuat tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

“Saya harap, selepas ini tiada lagi pihak yang membuat spekulasi ataupun tuduhan yang tidak benar mengenai diri saya. Walau bagaimanapun, saya tak terkejut kerana tuduhan sebegini juga berlaku terhadap finalis-finalis lain, ia mungkin satu tindakan sabotaj daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Apa yang penting bagi saya, ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak produksi tahu mengenai diri saya yang sebenar, jadi tuduhan sebegitu haruslah dihentikan,” katanya lagi.

Menerusi pentas akhir Hero Remaja 2020 yang berlangsung Khamis lalu, Meerqeen selaku pemenang tempat ketiga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi beserta selempang.

Juara Hero Remaja 2020 dimenangi Nadhir Nasar, 24, manakala tempat kedua disandang Umar Hisham, 22, yang berasal dari Johor.

Tempat keempat dan kelima, masing-masing menjadi milik Jabir dan Haziq. Pertandingan akhir itu diadili Datuk Hans Isaac, Scha Alyahya dan Yusry Abdul Halim.

Pentas akhir itu dihoskan oleh pasangan pengacara, Ain Edruce dan Awal Ashaari. – KopiPlanet.com

Album Terakhir Amy Bersama Search Diabadikan Dalam Format Piring Hitam

Album studio ke-12 band rock legenda tanah air, Search iaitu Katharsis kini telah diabadikan dalam format piring hitam atau vinyl.

‘Katharsis The Vinyl’ akan mula dipasarkan pada 28 Julai ini dengan harga RM199 di Fenomena Music, Plaza Damas, Kuala Lumpur dan beberapa kedai muzik terpilih serta penjual-penjual dalam talian. Ia juga dicetak terhad sebanyak 500 unit sahaja untuk pasaran seluruh dunia.

Album terbitan Datuk M Nasir yang mula dipasarkan pada 2017 ini juga menyaksikan penampilan penuh pemain dram, Pae dalam album Search sekali gus memberikan kelainan serta nafas baru dari segi ‘sound’ dan persembahan Search.

Selain riff gitar Kid yang lebih berat dan bertenaga, imej Search dengan konsep urban ethnic oleh pereka fesyen dan gaya terkenal, Jiman Casablanca juga cukup menarik.

Presiden Pawana Music yang juga Penerbit Eksekutif album ini, Datuk Ahmad Zaharul Annuar berkata, ia adalah album terakhir Amy bersama Search selepas mengumumkan pengundurannya sebagai penyanyi Search pada penghujung Mac lalu.

“Ini album terakhir Amy bersama Search yang pasti menerbitkan 1,001 nostalgia buat mereka dan peminat Search. Bagi ‘collector’ vinyl tegar dan peminat Search, ini koleksi paling sesuai,” katanya.

Menurut Ahmad Zaharul, vinyl ini juga menjanjikan bunyi audio yang lebih padat dan enak berbanding dalam format cakera padat (CD) yang dikeluarkan sebelum ini.

>Baca: Ernie Rancang Kahwin Tahun Hadapan, Minta Doakan Hubungan Dengan Syamel

“Ia juga mengandungi buku lampiran yang memaparkan koleksi gambar-gambar sepanjang kerja pembikinan album dan juga konsert Search dalam kualiti tinggi,” katanya.

Tambah beliau, proses penerbitan vinyl ini mula dilakukan di studio terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Sterling Sound pada 2018.

Proses mastering pula dilakukan jurutera bunyi terkenal, Ryan Smith yang pernah mengendalikan album artis rock legenda dunia antaranya Ozzy Osbourne, AC/DC dan Coldplay.

“Proses ‘pressing’ ke format piring hitam dimulakan tahun lalu dan ‘master’ Katharsis dibawa ke kilang piring hitam Disc Makers di New Jersey untuk proses terakhir pembikinan Katharsis The Vinyl.

“Di situlah semua piring hitam,sampul, poster dan ‘booklet’ Katharsis dihasilkan dan dibungkus secara sistematik untuk edaran di Malaysia,” katanya. – KopiPlanet.com

Nurflix TV Online Patuh Syariah, Kandungan Sopan Untuk Semua Golongan

Satu platform TV Online, Nurflix ditubuhkan bagi memperkasakan pembangunan ekonomi dan sahsiah diri yang mana ia bakal menawarkan kandungan digital baharu, segar, tulen dan selamat ditonton oleh semua golongan peringkat umur dengan berlandaskan aspek adab dan akhlak.

Bagi mencapai tujuian tersebut, platform streaming TV online yang dibangunkan Sutera Hijau Ventures Bhd ini menggunakan khidmat kerjasama dua hal di antara golongan ulama dengan karyawan industri kreatif bagi menghasilkan kandungan-kandugan program yang bermutu dan menghiburkan mengikut landas Islam.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Nurflix, Syah Mohamed berkata, idea asal untuk mewujudkan Nurflix ini sebenarnya adalah untuk mencipta sebuah ekosistem mampan diri yang dapat memberi manfaat kepada pengguna serta penyedia kandungan menerusi platform yang disediakan.

“Kalau dilihat pada masa ini terlalu banyak kandungan digital yang semakin tidak terkawal, tidak ditapis, tidak memiliki norma dan nilai budaya yang ideal.

“Pada masa yang sama juga, ekosistem mampan diri yang telah dibentuk ini akan dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan buat tenaga kerja dan karyawan dalam sektor industri kreatif dan secara tidak langsung ia dapat membantu menjana ekonomi negara,” kata ketika ditemui pada majlis pelancaran Nurflix yang berlangsung di Masjib Tuanku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam baru-baru ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Nurflix, Datuk Seri Syed Zainal Abdidin Syed Mohd Tahir dan Penyelia Kehormat (Musyrif) Nurflix, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid.

Susulan penubuhan Nurflix, ia bakal menghidangkan pelbagai kandungan menarik yang disertai beberapa selebriti popular seperti Mira Filzah, Erra Fazira, Eman Manan, Mawi, Altimet, Yasin Sulaiman, Diana Amir, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Irma Hasmie, Fara Fauzana dan Lufya Omar.

Memiliki sasaran untuk meraih 1 juta tontonan (subscribers) sehingga akhir Januari 2021, pihak Nurflix turut mengalu-alukan kehadiran penerbit, pengarah, penulis skrip dan bakat-bakat baharu, bersesuaian dengan tagline mereka, ‘Be Part of Us’.

Nurflix bakal memulakan tayangannya bermula Oktober dengan harga pakej langganan yang akan diumumkan kelak. – KopiPlanet.com

Menang Hero Remaja, Batu Loncatan Nadhir Takluk Bidang Lakonan

Juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, 24, merasakan sekarang masa yang sesuai untuk dia menceburkan diri dalam bidang hiburan, terutama sekali lakonan.

Kata Nadhir, dia sudah lama berhasrat untuk menyertai program Hero Remaja sebagai platform menonjolkan diri dan dia merasakan kemenangannya ini sebagai titik tolak untuk bangkit mengejar impiannya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur atas kemenangan ini. Sejujurnya saya tak kejar wang kemenangan, yang penting saya dapat jadikan ini sebagai satu platform untuk memulakan kerjaya sebagai pelakon.

“Sebenarnya, empat tahun lalu saya sudah berhasrat untuk menyertai Hero Remaja, namun saya rasa tak cukup pengalaman ketika itu,” katanya.

Nadhir berkata demikian ketika ditemui di sidang media Finale Hero Remaja 2020, bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, Nadhir selaku juara telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000, trofi dan selempang.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media (Penyiaran) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, dia tidak mahu membuang masa dan ingin terus mengejar cita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan pengarah yang berkaliber.

“Selepas kemenangan ini saya tak mahu rehat dan membuang masa, sebaliknya ingin terus bekerja. Jika saya berehat, saya mungkin akan tertinggal peluang kerana ramai bakat baru yang sentiasa memasuki industri.

“Saya beri masa selama empat tahun untuk mendalami ilmu lakonan, kemudian jika berpeluang saya akan cuba untuk kejar cita-cita bergelar pengarah pula,” katanya lagi.

Dalam pada itu, mengenai individu yang dikaguminya dalam bident lakonan, Nadhir amat mengagumi bakat lakonan dan pengarahan Namron.

“Saya kagum dengan bakat dan kesungguhan Namron sebab dia ada identiti tersendiri. Dia buat karya dengan penuh minat, bukan sebab nak kejar duit.

“Kita sebagai penonton harus sentiasa menyokong industri seni tempatan agar naskhah-naskhah ini dapat pergi lebih jauh,” ujarnya lagi. – KopiPlanet.com

Ernie Rancang Kahwin Tahun Hadapan, Minta Doakan Hubungan Dengan Syamel

Mencecah usia 28 tahun penyanyi Ernie Zakri mengakui ada terfikir untuk melangkah ke gerbang perkahwinan, namun menurutnya perkara itu bukan menjadi keutamaannya buat masa sekarang.

Menurut anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, sekarang fokusnya adalah untuk menjaga dan membahagiakan kedua ibu bapanya terlebih dahulu.

“Apa yang boleh saya katakan bukan tahun ini (mendirikan rumah tangga). Umur saya dah 28 tahun, memang saya rasa patut untuk tamatkan zaman bujang, rancangannya sudah ada. Cuma saya tak tahu lagi bila, mungkin tahun hadapan. Sekarang fokus saya hanya nak jaga ibu bapa saya sebab kakak saya dah berkahwin.

“Doakan saya tamatkan zaman bujang tahun hadapan. saya sentiasa berdoa dalam hati, umur 29 nanti masa terbaik untuk saya berkahwin. Saya tak mahu komen lebih-lebih, saya nak yang terbaik dahulu untuk keluarga saya, itu yang saya boleh katakan,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran platform digital tv, Nurflix yang diadakan di Masjid Tuanku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam.

Walaupun tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungannya dengan Syamel, penyanyi itu mengharapkan doa peminat agar perhubungan mereka sentiasa berjalan lancar dan dalam keadaan baik-baik sahaja.

>Baca: Lufya Omar Kagum Sharnaaz Sanggup Ketepikan Ego Demi Kebaikan Anak

“Anda doa-doakanlah tentang calon yang anda selalu dengar-dengarkan itu semoga apa yang orang selalu doakan itu berjalan dengan baik. Doakan kami.

“Dia (Syamel) menepati ciri-ciri lelaki yang saya minati, apa yang penting saya cari lelaki yang menghormati ibu bapa saya sebab ibu bapa adalah keutamaan nombor satu dalam hidup saya,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ernie akan muncul dalam program The Khadijas yang akan bersiaran di Nurflix bersama rakan-rakan artis yang lain seperti Wany Hasrita, Diana Amir, Sherry Al-Hadad, Irma Hasmie, Lufya Omar, Amira Othman dan Fara Fauzana. – KopiPlanet.com

Mira Filzah Bakal Bergelar Isteri Arkitek Hujung Tahun Ini

Pelakon dan pengacara Mira Filzah Badieozaman, 27, mengesahkan dia bakal menamatkan zaman bujang pada hujung tahun ini.

Menurut Mira persiapan menuju hari bahagianya sudah mula dilakukan namun aktres jelita ini enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Insyaallah apa sahaja nanti saya akan hantar undangan kepada pihak media. Dalam tempoh dua bulan ini selain habiskan kerja-kerja seni yang tertangguh saya kena setelkan beberapa perkara lagi (persiapan untuk majlis perkahwinan).

“Saya sudah dipinang orang dan Alhamdulillah tiada rintangan yang dilalui sepanjang tempoh ini. Saya dah bersedia (bergelar seorang isteri),” katanya kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran saluran tv penstriman Nurflix yang berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong hari ini.

Walaupun tidak memberikan kenyataan secara tepat mengenai bakal suaminya namun rata-rata peminat sudah mengetahui hubungannya dengan arkitek Wan Emir Astar Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar, 30.

Mengulas lanjut mengenai dirinya yang dikatakan sudah semakin terbuka berkongsikan kemesraan mereka dengan berbalas komen di laman Instagram, Mira menjelaskan, “Saya tidaklah terbuka sangat, saya biasa-biasa sahaja dan saya still ‘keep it low’.

“Alhamdulillah setakat ini bakal suami tidak ada halangan untuk saya teruskan kerjaya seni. Nanti boleh tanya dia sendiri mengenai kerjaya saya selepas bergelar isteri (sama ada beri halangan berlakon atau tidak). Dia adalah orang yang terbaik boleh menjawab soalan itu,” katanya lagi. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Mira Filzah

Erra Fazira Tidak Masuk Campur Hal Rumah Tangga Bekas Suami

Penyanyi dan pelakon Erra Fazira mendedahkan dia tidak mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang berpisah dengan isterinya, Laudya Cynthia Bella, baru-baru ini.

Menurut Erra, dia tidak mengetahui permasalahan rumah tangga pasangan itu secara mendalam dan tidak berniat untuk menggali tentang perkara tersebut.

“Saya tidak mencampuri hal rumah tangga bekas suami. Kalau mereka tidak buka mulut, saya akan tutup mulut saya. Tipulah kalau kata saya tidak tahu tapi saya tahu hanya permukaannya sahaja (surface). Saya pun tak nak korek kerana saya bukan begitu orangnya. Salah kalau saya buat macam itu.

“Saya rasa tiada sesiapa nakkan penceraian. Saya pasti mereka pun tidak mahu, bukan mereka tak usaha nak selamatkan tapi dah sampai situ sahaja ketentuan jodoh mereka,” katanya.

Erra berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelantikannya sebagai Duta Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Erra lagi, dia ada berhubung dengan Bella dan menitipkan kata-kata semangat buat pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan Itu.

>Baca: Teka-Teki Berakhir… Laudya Cynthia Bella & Engku Emran Sudah Berpisah

“Sebagai wanita kami ada berbicara tetapi tidaklah secara umum. Adalah sedikit sebanyak memberikan nasihat tetapi tidak begitu terperinci. Bella juga tidak bercerita lebih. Memang kami rapat tetapi kami tidaklah selalu berhubung.

“Saya ada bercakap dengan dia dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji maknanya Allah sayang. Adalah ganjaran itu nanti,” ujarnya.

Bella dan Engku Emran menikah pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Aktres terkenal Indonesia itu baru-baru ini mendedahkan dia sudah bercerai menerusi sebuah rancangan tv di negara kelahirannya.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata, manakala Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan Engku Aleesya, 11, hasil perkahwinan terdahulu dengan Erra. – KopiPlanet.com

Tidak Tahan Sering Dikecam, Sajat Luah Nak Keluar Agama Islam?

Tidak tahan sering dikecam sebilangan besar netizen di luar sana, usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman ada menaikkan luahan hatinya berkenaan perkara tersebut.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories baru-baru ini, Sajat meluahkan isi hatinya yang mungkin ramai suka seandaninya dia keluar daripada agama yang dipegangnya sekarang.

“Kalau betullah agama Islam benci orang sepertiku dan aku tak layak berpegang kepada agama Islamku… Dan semua orang nak jatuh hukuman terhadapku dengan melandanskan agama yang ku pegang…

“Mungkin mereka lebih suka aku keluar (agama Islam) demi mereka dapat bahala (pahala). Sedih dan pilu untuk aku luarkan (luahkan) perkara ini Ya Allah,” luahnya.

Nama Sajat sekali lagi menjadi kontroversi apabila tindakannya menayang memakai bikini mendapat kritikan netizen termasuk pihak alim ulama.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri baru-baru ini memberikan lesen dan kuasa kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menangkap dan mentarbiah golongan transgender.

Sajat sebelum ini juga pernah menimbulkan kontroversi apabila berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya pada Februari lalu. – KopiPlanet.com